![]() |
| -sunset- |
a. Ketika kamu membaca Al-Quran
b. Ketika kamu berzikir dan
c. Ketika kamu bersujud.
2. Siksa bagi orang alim itu ialah matinya hati. Ketika beliau ditanya: "Bagaimana matinya hati itu?" Beliau menjawab: "Mencari dunia dengan amal akhirat.
3. Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah. Dan kerjakanlah ibadah, tapi tidak boleh lupa pada ilmu.
4. Engkau akan mati dan semuanya akan engkau tinggalkan. Hartamu nanti akan dibahagi-bahagikan kepada ahli warismu yang akan saling cakar-mencakar termasuk kepada isterimu yang masih muda belia, ia akan kahwin lagi dengan orang lain. Jadi kekayaan itu kelak hanya menjadi calon suaminya yang baru.
5. Barangsiapa mendoakan orang zalim agar panjang umurnya, maka ia telah mencintai maksiat kepada Allah swt yang terus berlangsung di muka bumi.
6. Setiap orang solat yang hatinya lalai dan lengah, maka hal yang demikian itu adalah lebih cepat mendapat siksa.
7. Barangsiapa yang mengajakmu berlumba-lumba dengan agama, maka turutilah dia dan barangsiapa yang mengajakmu berlumba-lumba dengan dunia, maka lemparkanlah dunia itu ke lehernya.
8. Manusia pasti mengalami tiga kerugian: 1. Tidak merasa kenyang dari barang yang dikumpulkannya. b. Tidak memperolehi apa yang diangan-angankan. c. Tidak mendapat bekalan yang baik dari perjalanan yang ditempuhi.
1. Suatu saat Sufyan At-Tsauri bersama Rabi'ah: dia berdoa: " Ya Allah, berilah redha kepadaku." Rabi'ah berkata: "Tidakkah malu bila Allah tidak memberikan apa yang engkau minta itu?"
2. Ruwaym berkata: "Taubat ialah hendaklah kamu tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wali wanita, Rabi'ah: "Saya memohom keampunan kepada Allah dari sedikitnya perbuatan benar dari diriku".
3. Alangkah sedikitnya rasa sedihku. Bila engkau benar-benar merasa sedih, maka tidak akan ada kesempatan untuk bersuka-suka.
4. Permohonan keampunan kita itu memerlukan pengulangan yang banyak.
5. Sufyan At-Tsauri memohon nasihat kepada Rabi'ah dan berkatalah beliau: "Engkau seorang yang baik, sekiranya engkau tidak mencintai dunia".
6. Beliau bersyair mengenai cinta kepada Allah sebagai berikut:
Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta, cintakan diriMu
dan cinta kerana Engkau patut dicintai.
Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini, dan itu hanya milikMu.
